Kedatangan Islam ke Tanah Melayu sememangnya membawa banyak
perubahan dan pengharapan baru dalam keagungan Tamadun Melayu.
Tidak dapat dinafikan bahawa wujudnya pusat-pusat tamadun unggul
didunia amnya dan di Asia Tenggara khasnya adalah kesan
daripada pengaruh Islam yang meresap masuk kedalam tamadun itu.
Daripada
apa yang dibincangkan diatas kedatangan Islam bukan sahaja
mewujudkan pusat-pusat Tamadun Melayu yang unggul tetapi Islam
juga telah menyebabkan perubahan yang besar kepada pelbagai
aspek kehidupan masyarakat melayu termasuklah sistem politik
pentadbiran dan perundangan, pendidikan dan pandangan semesta dan
kehidupan masyarakat Melayu itu sendiri.
Thursday, June 30, 2016
Thursday, June 23, 2016
Pengajaran
- Dalam tajuk ini, kita telah memantau kedatangan islam ini telah mengubah taraf hidup masyarakat kerana mempunyai aspek pendidikan,bahasa dan kesusasteraan.Ini dapat meningkatkan keilmuan manusia.
- Begitu juga, dalam topik ini kita dapat mengetahui bahawa asal usul islam datang daripada seluruh pelusuk dunia. Bagi umat islam, mereka perlulah mengambil iktibar daripada sirah Rasulullah S.A.W yang telah membawa Agama Islam di mana islam pada awalnya hanya lahir dari sebuah tempat yang diumpamakan “Padang Jarak, Padang Terkukur” iaitu Maakatul Mukarramah dan Madinatul Munawarrah.
- Seterusnya, ibu bapa hari perlu mengambil inisiatif untuk mengajar anak-anak mereka tentang sirah Nabi-Nabi dan Rasul-rasul terdahulu agar umat islam akan datang mempunyai jati diri seorang islam yang cemerlang dari segi fisikal dan mental serta sahsiah dan akhlak terpuji.
- Selain itu, kita mestilah bersyukur kerana Islam telah datang ke Tanah Melayu. Hal ini kerana Islam dapat mengajari kita tentang kerohanian dan jasmani.Sebagai contoh, Islam dapat mengajarkan adab dan akhlak yang mulia seperti sunnah Rasulullah.
- Akhir sekali,kita mestilah sentiasa taat setia pada Raja dan Sultan. Hal ini kerana setiap manusia mestilah sentiasa taat setia pada sultan kerana sultan adalah golongan yang tertinggi pada abad ke-7.
Saturday, June 18, 2016
Rujukan
- Pengajian Malaysia Siri Politeknik, Oxford Fajar, Normurni Mohamad&Razana Fatin Abdullah@Razali&Mohamad Faizal Ahmat
- http://pendakwahmini.blogspot.my/2016/02/teori-kedatangan-islam-dari-tanah.html
- http://www.bintang.com/tag/islam
- http://harian-islami.blogspot.my/2016/07/setelah-mempelajari-konsep-ketuhanan.html
- http://lifestyle.liputan6.com/read/2536618/kisah-pria-belgia-yang-masuk-islam-setelah-traveling-ke-60-negara
- http://mforum.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=1412
- http://kedatanganislamketanahmelayu.blogspot.my/2015/03/kedatangan-islam-ke-tanah-melayu.html
Subscribe to:
Posts (Atom)