Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Friday, August 26, 2016

Pengenalan Ahli Kumpulan



MUHAMMAD UZAIR BIN AZMAN
16DEE16F1042





DARYL CHONG MING
16DEE16F1005










AHMAD SUHAIB BIN AHMAD ZUDI
16DEE16F1021

Friday, August 19, 2016

Isu Semasa

Pria Ini Masuk Islam Setelah 4 Tahun Traveling ke 60 Negara



Liputan6.com, Jakarta Sejak empat tahun yang lalu, Michael Ruppert memutuskan untuk meninggalkan rumahnya untuk mewujudkan mimpinya melakukan perjalanan keliling dunia. Di antara negara-negara yang ia telah kunjungi adalah Turki, Indonesia, Albania, dan Malaysia. Perjalanan traveling itu, menjadi langkah awal memulai perjalanan hidupnya sendiri.
Ia berbagi kisah perjalanannya kepada keluarga dan teman-teman melalui surat. Kisahnya bahkan dinanti oleh banyak orang dan membuat Ruppert kini dikenal lebih luas. Tidak butuh waktu lama orang-orang lain yang berada di sekitar keluarga pun ikut minta untuk dikirimkan surat.
Michael Ruppert adalah seorang pria keturunan Belanda dan Belgia berusia 29 tahun. Ia melakukan perjalanan ke 60 negara hanya dalam empat tahun dan menemukan Islam.



Setelah Mempelajari Konsep Ketuhanan Islam, Warga Negara Belanda Kristen Ini Masuk Islam
Michael mengawali perjalanan dengan uang yang terbilang pas-pasan. Meski begitu ia hanya ingin menciptakan kenangan. Michael mengeksplorasi bagian-bagian dari dunia yang tidak pernah dilihat oleh orang lainnya.

Wakil Direktur Mualaf Center Indonesia Hanny Kristianto menginformasikan bahwa ada Warga Negara Belanda bernama Foppe Jelte memutuskan diri untuk memeluk agama Islam. Foppe mengucapkan dua kalimat Syahadat di Masjid Andalusia Sentul City Bogor.

“Alhamdulillah, kembali Allah berikan hidayah-Nya dibulan ramadhan ini kepada saudara kita dari Belanda bernama Foppe Jelte yang bersyahadat di Mesjid Andalusia Sentul City” tulis Hanny di akun Facebook pribadinya, 
Foppe sebelumnya memeluk agama Kristen, tertarik memeluk agama Islam setelah sebelumnya mempelajari konsep ketuhanan dalam Islam.
Hasil dari penelitianya, Foppe membuktikan bahwa Islam adalah satu-satunya agama yang mengajarkan sebuah konsep Ketuhanan berupa pengesaan Tuhan.
“Karena logika dan rasio manusia sangatlah terbatas maka satu-satunya yang berhak menginterpretasikan (menta’wil) pemaknaan diri Tuhan, adalah diri-Nya sendiri” papar Foppe.

Saturday, August 13, 2016

Pendahuluan

Berdasarkan kajian sejarah mendapati Islam telah bertapak dan berkembang di Tanah Melayu sejak sekian lama. Pelbagai teori dan hujah telah dikemukakan oleh sarjana-sarjana tempatan dan Barat berhubung tarikh kedatangan awal Islam di Tanah Melayu. Namun yang penting Islam telah bertapak di beberapa buah negeri dan diterima baik oleh masyarakat Melayu. Islam dikatakan mula berkembang apabila kerajaan Melayu Melaka bertindak menyebar luas pengaruh Islam di seluruh Tanah Melayu. Kedatangan Islam telah membawa suatu pembaharuan kepada kehidupan masyarakat Melayu yang sama sekali berbeza dengan sebelumnya iaitu terbentuknya suatu peradaban baru berteraskan Islam. Pengaruh Islam bukan sahaja berjaya merubah kepercayaan tetapi juga sosio-budaya masyarakat Melayu dari sudut pemerintahan, pendidikan dan kebudayaan. Namun perkembangan dan pengaruh Islam menghadapi cabaran apabila kuasa Barat khususnya Inggeris (British) menjajah Tanah Melayu dengan mencampuri hal ehwal pentadbiran di negeri-negeri Melayu dengan memperkenalkan beberapa dasar bercorak sekular dan moden dalam pelbagai aspek sehingga secara perlahan meminggirkan pengaruh Islam. Situasi ini telah membangkitkan kesedaran orang Melayu untuk bangkit menentang penjajah menuntut kemerdekaan demi kesinambungan peradaban Islam yang telah lama bertapak di negara.

Wednesday, August 3, 2016

Kedatangan Islam Di Tanah Melayu.


Sebelum kedatangan Islam, masyrakat Melayu menganut fahaman animisme. Keadaan ini berubah selepas kedatanagan Islam yang membawa konsep tauhid dengan menafikan kewujudan Tuhan yang banyak. Bermula dengan konsep keesaan Tuhan dan ibadat yang luas Islam telah berjaya menarik minat masyarakat tempatan. Sejak kedatangan Islam, kehidupan harian masyarakat Melayu dan adat istiadat tertentu yang didapati bertentangan denganakidah ditinggalkan secara beransur-ansur

Saturday, July 30, 2016

Teori Kedatangan Islam Ke Tanah Melayu


Kedatangan Islam di Tanah Melayu tidak seperti agama-agama yang lain kerana ianya berlangsung dengan suasana yang aman dan harmoni serta tidak berlaku peperangan malah diterima baik masyarakat melayu . Secara umumnya terdapat tiga teori yang berbeza mengenai kedatangan Islam di Tanah Melayu :


-   Kedatangan Islam dari Tanah Arab/Parsi
-   Kedatangan Islam dari India 
-   Kedatangan Islam dari China

Friday, July 22, 2016

Teori Kedatangan Islam Dari Tanah Arab/Parsi



Hubungan perdagangan Arab dengan Tanah Melayu telah berlaku sebelum wujudnya Islam lagi . Tetapi akitiviti dagangan bertambah selepas Islam diperkenalkan di Tanah Melayu pada abad ke-7 masihi . Sesuai dengan Islam yang bersifat universal , masyarakat melayu selesa dengan agama islam yang dianuti mereka . Malah ianya memudahkan lagi pedagang-pedagang Arab untuk melakukan aktiviti dagangan mereka . John Crawford telah mengemukakan teori dan disokong oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas iaitu Islam datang dari Arab melalui pedagang . Buktinya , Buktinya catatan China mengatakan orang Arab dan Parsi telah mempunyai pusat perniagaan di Canton sejak tahun 300 M. Pedagang Arab yang ke China singgah di pelabuhan Asia Tenggara khasnya di Selat Melaka kerana kedudukannya  strategik dan pedagang Arab ini tinggal beberapa bulan di Asia Tenggara dan ada yang menetap serta membina perkampungan Arab . Perkampungan ini juga menjadi tempat untuk berdagang . Ada juga pedagang Arab yang berkahwin dengan wanita tempatan dan menyebarkan Islam . Menurut catatan China telah wujud petempatan Arab di Sumatera Utara iaitu di Ta Shih .