Penemuan arkeologi menunjukkan bahawa agama Islam telah
tersebar di Tanah Melayu sejak zaman kerajaan awa Tanah Melayu,iaitu sebelum
kewujudan zaman Kesultanan Melayu Melaka.Sebuah batu bersurat bertulis telah
ditemui di Kuala Berang,Terengganu sekali gus menjadi bukti bahawa agama Islam
telah sampai ke Terengganu.
Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326
atau1386. Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing
Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung Buluh di Kuala Berang,Hulu Terengganu pada
tahun 1887(ada berpendapat 1899).
Menurut sidang mesyuarat Lembaga Penasihat Antarabangsa
UNESCO yang berlangsung di Barbados pada tanggal 13 Julai 2009, batu bersurat
yang berusia lebih 700 tahun ini telah disenaraikan sebagai barang purba
bernilai tinggi dan sesuai untuk mendapat pengiktirafan Warisan Dunia UNESCO.
Fakta penemuan Batu Bersurat Terengganu bermula apabila
saudagar Arab bernama Sayid Husin bin Ghulam al-Bokhari secara tidak sengaja
menjumpai sebutir batu bersurat di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung
Buluh di Kuala Berang, Hulu Terengganu selepas berlakunya banjir.
Ia dijumpai di bahagian tangga surau Kampung Buluh yang
dijadikan alas membasuh kaki untuk naik ke tangga surau tersebut. Batu Bersurat
Terengganu ini menjadi bukti dan teks pada batu mengesahkan agama Islam sudah
bertapak dan menjadi anutan masyarakat dan pemerintah di Terengganu sejak
sekian lama. Selain itu, Islam merupakan agama rasmi diTerengganu.