Menurut Profesor O. W Wolters, seawal abad ke-4 lagi sudah terdapat pertempatan orang Arab dan Parsi di Negara China. Profesor O. W Wolters telah menyatakan bahawa Wangsa Sasanid Parsi yang diasaskan pada awal abad ke-3 mempunyai kedudukan yang teguh dalam perdagangan antara Negara China dengan Asia Barat. Akibat daripada keperluan ekonomi di China selatan, telah mewujudkan hubungan perdagangan antara Parsi dengan Negara China dan hubungan ini turut mempengaruhi sejarah Indonesia barat. Di Negara China, barang-barang dari Parsi sangat diperlukan terutamanya pokok resin yang juga dikenali sebagai ‘Po-Ssu’ atau Parsi.
Di Negara China, menurut Ibrahim T. Y Ma, kekayaan dan
kekuatan ekonomi orang Arab telah menyebabkan mereka sangat berpengaruh. Dengan
itu sebahagian daripada penduduknya mula mengagumi mereka dan meniru cara hidup
mereka, bahkan menganut agama Islam melalui perkahwinan, dan perkara ini telah
mendorong ke arah perkembangan Islam di China.
Kedudukan
orang Arab China yang kukuh dan kegiatan mereka yang dianggap mengancam
kedudukan dan keselamatan orang Cina, maka telah berlakulah tragedi terhadap
orang Arab-Islam. Tragedi pertama berlaku pada tahun 878 iaitu pada masa
pemerintahan His Tsung (878-879). Kejadian ini berlaku berikutan daripada
tercetusnya pemberontakan oleh Hwang Chao di Canton yang telah mengorbankan
seramai 100000 orang asing dan kebanyakkannya adalah orang Arab. Akibat
daripada peristiwa ini, ramai pedagang Islam melarikan diri ke Kedah dan
Palembang. Selain itu, pada akhir pemerintahan dinasti T’ang (618-905) kaum
muslim mengalami tragedi yang kedua iaitu seramai 5000 orang rakyat asing telah
dibunuh oleh pasukan pemberontak yang dipimpin oleh Tien Sheng Kong di wilayah
Yang Chow. Peristiwa ini telah memaksa mereka yang terselamat melarikan diri ke
tempat lain termasuklah ke Nusantara. Kejadian yang telah berlaku ini telah
membuatkan memang ada kemungkinan agama Islam di Nusantara juga datang melalui
Negara China.
Menurut S. Q. Fatimi yang merujuk tulisan Groeneveldt,
sumber China ada menyebut bahawa terdapatnya usaha menghantar bala tentera ke
rantau ini bagi menyebarkan agama Islam. Peristiwa ini dikatakan berlaku pada
zaman Mu’awiyah. Pengasas dinasti Umayyah ini dilaporkan merancang menghantar
angkatan tentera laut Islam bagi menakluki kawasan Alam Melayu pada tahun 674M.
Bagi menguatkan dakwaan mereka, dijadikan beberapa buah batu nisan yang
terdapat di Nusantara sebagai alasannya. Antaranya batu nisan, yang dikatakan
sebagai seorang wali Allah keturunan Arab, bertarikh 419 Hijrah dianggarkan
bersamaan 1028 Masihi yang terdapat di Pekan Pahang. Selain itu, batu bersurat
Kuala Berang Terengganu, bertarikh 702 Hijrah dianggarkan bersamaan 1303
Masihi. Prasasti pertama terdapat tulisan ayat-ayat al-Quran manakala pada
prasasti kedua pula mengandungi arahan-arahan tentang kewajipan ke atas
orang-orang islam supaya mematuhi hukum Allah (S.W.T.). Lebih-lebih lagi
terdapat dalam catatan Dinasti Sung, bahawa kedatangan Islam ke Nusantara
melalui sepanjang pantai laut China dan dibawa oleh pedagang-pedagang Islam
dari Tiongkok pada awal tahun 977 Masihi.
No comments:
Post a Comment